Login
  • Username:

    Password:
  • Remember my login on this computer
  • Register
Categories
Users online
  • Users: 1 Guest
  • Most Users Ever Online Is On December 19, 2011 @ 7:54 am

PELANJUTAN KONTRAK BEKALAN DAN PERKHIDMATAN SEDIA ADA ( 1 JULAI 2006 – 30 JUN 2008 )

July 23rd, 2008

Ruj.Kami : JPS(W)/PPDKP/(Ups)/153/03/07/05/Jld.6(43)
Tarikh : 18 Julai 2008

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan/Sekolah Jenis Kebangsaan
Daerah Kecil Padawan.

Tuan,

PELANJUTAN KONTRAK BEKALAN DAN PERKHIDMATAN SEDIA ADA ( 1 JULAI 2006 – 30 JUN 2008 )

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, sukacita dimajukan bersama-sama ini, surat daripada Pejabat Pelajaran Gabungan Kuching bil: JPS(W)/PPGK(PB)/153/04/17/11(95) bertarikh 11 Julai 2008 yang berketerangan sendiri untuk makluman dan perhatian pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( OMAR HJ MAHLI )
Pegawai Pelajaran Daerah Kecil Padawan

Print This Post Print This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

SEMAKAN AWAL KUTIPAN MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN (MAP) JUN 2008 DAN PENGGUNAAN APLIKASI EMIS 4.1

June 12th, 2008

Ruj. Kami : JPS(W)/PPDKP(Mak)/153/07/05/02/Jld.3(36)
Tarikh : 11 Jun 2008

Pengetua,
SMK/SMT/SMA/SMS Daerah Padawan

Guru Besar,
SK/SJK Daerah Padawan

Tuan,


SEMAKAN AWAL KUTIPAN MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN (MAP) JUN 2008 DAN PENGGUNAAN APLIKASI EMIS 4.1

Dengan segala hormatnya surat dari Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi bil. JPS(W)ICT/153/07/05/03/Jld.4(40) bertarikh 29 Mei 2008 adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, Guru Data sekolah tuan dimohon untuk mendapatkan Aplikasi 4.1 di Unit Maklumat, Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Padawan secepat mungkin.

3. Guru Data dari sekolah adalah dikehendaki menghantar data awal Maklumat Asas Pendidikan seperti pada 30 Jun 2008 sebelum atau pada 26 Jun 2008 menggunakan Aplikasi Emis 4.1 ke Unit Maklumat, Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Padawan atau e-mel kami di : pelajaran.padawan@yahoo.com

4. Mesyuarat Verifikasi Maklumat Asas Pendidikan (MAP) akan dimaklumkan kemudian berpandukan ralat yang terdapat di sekolah masing-masing.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

( OMAR HAJI MAHLI )
Pegawai Pelajaran Daerah Kecil Padawan.

sk : Pengarah Pelajaran Sarawak
      ( u.p : Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi )

       Pegawai Pelajaran Gabungan,
      ( u.p : Unit Maklumat )

AKB/jk/..08

Print This Post Print This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Pertandingan Bola Sepak Juara-Juara Sekolah

June 10th, 2008

Pertandingan Bola Sepak Juara-Juara Sekolah akan diadakan pada 19-20 Jun 2008. Pertandingan ini melibatkan 8 kelompok di Daerah Kecil Padawan. Penganjuran kali ini telah diamanahkan kepada Kelompok 7 dan 8 serta dibantu oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Padawan.

Print This Post Print This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Kutipan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) JUn 2008 dan Aplikasi Emis 4.1

June 6th, 2008

Untuk makluman semua Guru Data Sekolah di dalam seliaan PPDK Padawan, untuk kutipan SMPP/Emis seperti 30 Jun 2008 akan menggunakan aplikasi baru Emis 4.1. Exportdata Emis 4.0 boleh terus digabung ke Emis 4.1. Anda boleh mendapatkan aplikasi Emis 4.1 di Unit ICT, PPDK Padawan bermula 9 Jun 2008 atau di http://10.22.70.55/emisonline/index.php

Sekian, harap maklum

Print This Post Print This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Makluman Mengenai Pembekalan, Penghantaran dan Pemasangan Peralatan PPSMI Fasa 6

June 6th, 2008

Jadual boleh dimuat turun di sini
jadual

Print This Post Print This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Kajian Audit Terhadap Pelaksanaa Program ICT Pra Sekolah

June 6th, 2008

Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Kajian Audit terhadap Pelaksanaan Program ICT Pra Sekolah bermula 9 Jun 2008 hingga 18 Jun 2008. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SJKC Tapah, SK Sg Maong Hilir, SK Matang Jaya (11 Jun 2008) dan SK Petra Jaya (16 Jun 2008). Antara perkara yang diperlukan oleh Pegawai Audit Kementerian Pelajaran Malaysia adalah
1. Fail Surat Menyurat
2. Kad Daftar Modal/Inventori (peralatan ICT/perabot)
3. Senarai Peralatan ICT (termasuk CD Perisian) / perabot
4. Spesifikasi Peralatan ICT (jika ada)
5. Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dan Sijil Pengujian & Pemasangan (SPP)
6. Dokumentasi/ Manual Perisian
7. Senarai CD yang dibekalkan oleh KPM/JPN/PPD
8. Senarai CD yang dibeli/sumbangan
9. Dokumen lain yang berkaitan.

Mohon kerjasama sekolah yang berkenaan mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum lawatan diadakan.

Print This Post Print This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Semarak Rohani PPDK Padawan

June 6th, 2008

Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Padawan dengan kerjasama SMK Agama Sheikh Haji Othman Abd Wahab telah mengadakan Semarak Rohani sempena Hari Guru 2008 di Masjid SMK Agama SHOAW pada 22 Mei 2008 yang lalu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Sarawak iaitu Tuan Hj Mortadza b Hj Alop. Antara aktiviti yang dilakukan pada malam tersebut ialah zikir marhaban, solat maghrib berjemaah, bacaan yassin dan tahlil, kuliah maghrib, solat isya’ berjemaah dan ucapan dari Timbalan Pengarah Negeri Sarawak Tuan Haji Mortadza b Hj Alop. Majlis malam tersebut diakhiri dengan jamuan.

Print This Post Print This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Majlis Makan Malam Hari Guru 2008

June 6th, 2008

Majlis Makan Malam Hari Guru 2008 peringkat negeri Sarawak telah diadakan dengan gahnya di Sarawak Chamber, Crown Plaza pada 20 Mei 2008 yang lalu. Majlis anjuran Pejabat Pelajaran Gabungan Kuching itu telah berlangsung dengan meriahnya. Antara tetamu yang hadir pada malam tersebut ialah Yang Berbahagia Dato Sri Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Kedua Perancangan dan Sumber Negeri Sarawak, Dr Haji Julaihi Bujang, Pengarah Pelajaran Sarawak serta tetamu kehormat yang lain. Majlis malam itu diserikan dengan tayangan video, persembahan kebudayaan, okestra dan tradisional.
Pada malam itu juga, Dato Sri Awang Tengah Ali Hassan juga merasmikan pelancaran buku Antologi Guru XII.

Print This Post Print This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 1 out of 5)
Loading ... Loading ...

SELAMAT HARI GURU 2008

May 16th, 2008

Kami di Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Padawan ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru - Guru Cemerlang Negara Terbilang” kepada semua warga pendidik di Daerah Kecil Padawan dan seluruh warga pendidikan di Malaysia. Semoga usaha anda mendidik anak bangsa akan menjadikan negara kita lebih maju, aman dan damai selalu. Terima kasih cikgu!

kad Hari Guru

Print This Post Print This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Sederet bangunan di SJK Chung Hua Batu 8 1/2 musnah dalam kebakaran.

May 13th, 2008

Ahad, 11 Mei, 2008.
KUCHING: Sederet bangunan yang menempatkan enam buah kelas di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Batu 8 1/2, Jalan Batu Kitang di sini, musnah dalam keja-dian kebakaran dipercayai akibat litar pintas, awal pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang Eddy Zulkifli berkata, aduan mengenai kes kebakaran tersebut diterima pada jam 2.36 pagi. “Dua jentera bomba bersama 18 anggota dari Balai Batu Lintang dan Tabuan Jaya bergegas ke lokasi kejadian… masalah berlaku apabila bomba terpaksa mengepam air sejauh setengah kilometer dari sekolah untuk memadamkan kebakaran kerana tiada kemudahan pili bomba di tempat kejadian,” ujarnya.

Siasatan lanjut berhubung punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. “Bangunan yang menempatkan enam buah kelas, pejabat, perpustakaan dan stor ini musnah sama sekali, ke-cuali yang tinggal hanya dua buah kelas tahun empat dan tahun lima,” kata pengawal keselamatan sekolah yang hanya mahu dikenali sebagi Ho.

Dalam pada itu, murid-murid sekolah terlibat di- arah pindah sementara ke SJK Sam Hap Hin di Batu 7 mulai Isnin ini.

Petikan: The Borneo Post Online

Sekolah Cina hampir musnah terbakar

KUCHING 10 Mei - Sekolah Rendah Bantuan (SRB) Chung Hua Batu Lapan Setengah di Jalan Batu Kitang di sini hampir musnah dalam satu kebakaran kira-kira pukul 2.30 pagi ini.

Pegawai Penjaga Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, Eddy Zulkifli Abdullah berkata, dalam kejadian itu, empat bilik darjah tahun satu, dua, tiga dan enam serta sebuah bilik guru musnah sama sekali, manakala perpustakaan sekolah juga hampir terbakar.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

”Kelas murid tahun empat dan lima serta bilik komputer, stor sukan dan bilik sains berjaya diselamatkan dalam kebakaran itu.

“Bangunan yang musnah dalam kebakaran itu merupakan bangunan separuh kekal yang diperbuat daripada kayu,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Eddy Zulkifli berkata dua jentera bomba dengan 15 anggota dari Balai Bomba Batu Lintang dan Tabuan Jaya dikerahkan ke tempat kejadian untuk mengawal kebakaran.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.36 pagi dan bomba sampai di tempat kejadian pada pukul 2.50 pagi serta berjaya mengawal kebakaran pada pada pukul 3.15 pagi.

Beliau menambah, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, pelajar sekolah itu yang ditemui Mingguan Malaysia, Gus Nasir Hadi, 12, memberitahu, dia amat sedih dengan kejadian itu.

Katanya, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan berlangsung beberapa bulan sahaja lagi dan dia kecewa tidak dapat menghabiskan persekolahannya di situ.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Sarawak, Dr. Julaihi Bujang ketika dihubungi memberitahu, murid-murid berkenaan akan dipindahkan ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Sam Hap Hin, Batu Tujuh mulai Isnin ini.

Katanya, keputusan memindahkan kesemua 136 murid ke sekolah terbabit dibuat memandangkan sekolah terbabit adalah yang paling hampir dengan sekolah asal mereka.

Petikan: Utusan Malaysia Online

Print This Post Print This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...